TERBARU Shila Amzah Bertanding Lagi Di China

Shila Amzah Bertanding Lagi Di China, Shila Amzah, China, I Am A Singer, artis

Shila Amzah Bertanding Lagi Di Program Realiti Nyanyian China I Am A Singer | Ternyata, penyanyi berusia 23 tahun yang juga berbakat dalam bidang penulisan lirik ini tidak pernah rasa lelah untuk terus mencipta nama di persada antarabangsa.

Mana taknya, selepas kejayaan merangkul anugerah juara di Asian Wave 2012, Shila Amzah kini menyertai sebuah lagi pertandingan program realiti nyanyian di China yang diberi nama I Am A Singer.

Format program yang telah masuk musim kedua ini dilihat lebih sukar berbanding program realiti yang lain kerana terdapatnya sesi penyingkiran dan juga kemasukan peserta baru setiap minggu.

[caption id="attachment_6968" align="aligncenter" width="300"]Shila Amzah Bertanding Lagi Di China, Shila Amzah, China, I Am A Singer, artis yu quan bekas juara I Am A Singer musim pertama[/caption]

Untuk makluman semua, bukan calang-calang peserta yang layak untuk menyertai pertandingan ini kerana mereka dipilih berdasarkan pencapaian karier masing-masing di peringkat antarabangsa.

Dan nampak gayanya, Shila Amzah terpaksa berentap dengan penyanyi wanita dari Hong Kong, G.E.M yang setakat ini dilihat menguasai pertandingan setelah 3 kali bergelar juara pusingan.

[caption id="attachment_6967" align="aligncenter" width="212"]Shila Amzah Bertanding Lagi Di China, Shila Amzah, China, I Am A Singer, artis poster rasmi pertandingan I Am A Singer[/caption]

Mengakui bahawa dirinya berasa gentar apabila menerima jemputan menyertai pertandingan tersebut, Shila Amzah ketika ditemubual di sebuah rancangan televisyen China itu bagaimanapun memberitahu bahawa dia akan cuba melakukan yang terbaik dalam persembahannnya malam ini.

“Saya sedar mereka tidak berapa mengenali saya dan berharap mereka akan berpeluang untuk melihat saya lebih kerap lagi selepas ini.

Saya juga berharap agar mereka seronok dengan persembahan saya. Saya melakukan ini semua hanya untuk kebaikan industri seni dan juga kerana ianya adalah minat saya.”

Sudah semestinya, peminat tegar penyanyi ini tidak lekang untuk memberikan kata-kata semangat di lamanTwitternya dan mengharapkan agar Shila Amzah dapat membawa pulang kejayaan menerusi pertandingan itu.

 

[caption id="attachment_6966" align="aligncenter" width="256"]Shila Amzah Bertanding Lagi Di China, Shila Amzah, China, I Am A Singer, artis ucapan dari peminat Shila Amzah di twitter[/caption]

sumber

Incoming search terms:

  • shila amzah nyanyian terbaru di cina
  • shila amzah terkini 2014
Tutup Iklan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge